Sunday, September 29, 2013

Sertai kami untuk ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja. Anda boleh membuat tempah secara online dengan kami disini ^_~


"Dari Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah SWT dari menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Diriwayatkan Imam Tirmizi dan Al-Hakim)

 

  

 

Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah SWT. 

 

Hikmah Ibadah Korban 1: Menghidupkan sunnah nabi Ibrahim as

Hikmah Ibadah Korban 2: Mendekatkan diri kepada ALLAH dan mendidik jiwa
ke arah taqwa yang sahih.


Hikmah Ibadah Korban 3: Menghapus dosa & mengharap redha ALLAH SWT

 

Hikmah Ibadah Korban 4: Mampu mengikis sifat tamak & melahirkan sifar murah hati


 

Hikmah Ibadah Korban 5: Rasullah bersabda “Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.” 

 

Harga untuk satu bahagian lembu adalah RM 250, anda boleh memilih untuk menempah 1 bahagian atau beberapa bahagian lembu mengikut keperluan anda. Setiap bahagian boleh dinamakan dengan nama yang lain walaupun melalui satu tempahan sahaja.

Harga untuk satu ekor lembu pula adalah RM 1750. Seekor lembu mempunyai tujuh bahagian, anda boleh menamakan setiap bahagian untuk individu yang berbeza jika perlu.

 




Sebahagian lembu-lembu yang disediakan untuk program Ibadah korban Cambodia 


Lembu jenis KK yang banyak di Cambodia. Nampak agak kecik tetapi sentiasa menjadi pilihan kerana tulang kecil daging banyak! ^_~

Harga untuk satu ekor kambing pula adalah RM 550. Seekor kambing adalah untuk satu nama sahaja.


Jangan Tunggu Lagi, Bertindaklah Sekarang!




"Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya." (Riwayat Tirmizi)


“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” 
[HR. Ahmad dan Tirmizi]
Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” 
[HR. Riwayat Tirmizi]
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” [HR. Tirmizi]
1
 Antara perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja
anak anda dilahirkan:
  1. 1. Azan ditelinga sebelah (kanan) perlahan-lahan dan iqamah di telinga (kiri).
  2. 2. Urinya ditanam di tempat yang sesuai. Tanam sahaja tiada apa-apa tambahan - jangan lakukan perbuatan yang karut)
  3. 3. Pada hari ketujuh sunat dilakukan;
  • i- Cukur rambut (cukur sampai bersih bukan buat syarat sahaja). Rambut yang dicukur tadi hendaklah ditimbangkan untuk mengetahui beratnya kemudian disedekahkan emas atau perak seberat timbangan tersebut kepada fakir miskin atau dinilai harganya dengan wang.
  • ii- Beri nama yang baik
  • iii- Tahniq iaitu memberi rasa sedikit manisan buah kurma yang digaulkan dengan air zam-zam. 
  • iv- Membuat aqiqah (diberi tempoh sehingga sebelum baligh.





“Sesungguhnya anak itu jika telah berpindah dari janin menjadi bayi merupakan sebuah nikmat yang wajib disyukuri, bentuk kesyukuran yang terbaik adalah dengan menggantikannya. Mengingatkan bahawa rambut bayi merupakan bahagian dari perkembangan janin, dan menghilangkannya merupakan petanda kemerdekaannya menuju perkembangan sebagai anak, maka seharusnya bila rambut itu ditimbang (nilai) dengan perak.” [Syeikh Dahlawi Rahimullah]


Jangan Tunggu Lagi, Bertindaklah Sekarang!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails